KEMPEN GALAKAN MEMBACA

                      KERTAS KERJA PROGRAM KEMPEN GALAKAN MEMBACA  

                                        SK TINANGOL KUDAT TAHUN 2022/2023

 

Pendahuluan

Kempen galakan membaca diadakan bagi tujuan menggalakan dan menanamkan sifat gemar membaca dalam kalangan murid SK Tinangol Kudat. Kempen ini akan dilaksanakan bermula bulan Januari hingga September mengikut tema yang telah ditetapkan setiap bulan yang disesuaikan mengikut suasana. Kempen ini akan melibatkan guru-guru dan murid-murid sekolah SK.Tinangol Kudat.

Objektif

1 .  Melestarikan amalan membaca dalam kalangan murid-murid.

2.  Memastikan penglibatan murid dalam pelaksanaan kempen galakan membaca (NILAM) secara berterusan

3.  Mengekalkan momentum budaya membaca yang berkualiti dalam kalangan murid untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran

4.  Memupuk sikap suka membaca dan menarik minat murid kepada konsep pencarian ilmu spanjang hayat

5.   Menjadi panduan kepada sekolah dalam menghasilkan kepelbagaian pendekatan dan aktiviti sama ada di dalam atau di luar   kelas selari dengan program dekad membaca kebangsaan 2021-2025.

Rasional

Sesuatu bangsa itu berjaya kerana ketinggian ilmunya. Ilmu haruslah dicari, diterokai dan dipelajari untuk mencapai kemajuan yang diingini. Program Kempen Galakan Membaca merupakan satu program yang dirancanag dan dilaksanakan bagi mencapai hasrat melahirkan murid-murid yang suka membaca seterusnya menjadikan amalan membaca itu satu budaya dalam kehidupan harian tidak kira di mana sahaja.

Pelaksanaan

Program ini akan dilaksanakan bermula bulan Mac 2002 hingga Februari 2023.

Ahli Jawatankuasa

Penasihat                     : Jaffery Maginbal

Pengerusi                    : Merin Majaman

Tim.Pengerusi 1          : Katia Kadaun

Tim.Pengerusi 2          : Kamrah Masiou

Setiausaha                  : Katiah Utud 

Bendahari                   : Elnabeth Elvia

AJK                            : Ketua-ketua Panitia

                                     

Aktiviti-Aktiviti Kempen Galakan Membaca Pusat Sumber SK.Tinangol 2022/2023

Bulan

Tema

Aktiviti

OBJEKTIF

Tindakan

Penglibatan

ANGGARAN PERBELANJAAN

Mac– April

Azam Baharu

-        Orentasi PSS

-        Program NILAM Bermula

Memperkenalkan PSS kepada murid

GPM

AJK PSS

Guru dan murid

-Tiada-

April

Kem Membaca

-        Jom membaca

i)Menggalakan murid membaca.

ii)Memastikan penglibatan murid dalam pelaksanaan kempen galakan membaca secara berterusan.

GPM

Pengawas

Guru-guru kelas

Guru dan murid

-Tiada-

April

Karnival bahasa

-        Bercerita

-        Scrabble

-        Pidato Pendek

-        Sahibba

i)Mencungkil bakat murid dalam aktiviti bercerita.

ii)Meningkatkan perbendaharaan murid.

Ketua panitia

Murid

RM150.00

Mei

Tournament

-        Bicara buku

-        resensi

i)Meningkatkan kemahiran murid dalam komunikasi.

ii) Meambah kemahiran murid cara mengulas buku dengan baik.

GPM

Murid

RM250.00

Jun

Karya Agung dan karya besar

-        Mengenali buku-buku  karya agung

Memperkenalkan buku-buku karya agung.

GPM

Murid

-Tiada-

Julai

Literasi Maklumat

-        Karya murid

Mengasah minat murid menghasilkan karya secara komik

GPM

Guru MP

Murid

RM50.00

Ogos

Kemerdekaan

-        Lagu kemerdekaan

-        Kuiz kemerdekaan

Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid.

GPM

Panitia Sejarah

Murid

RM150.00

September

Jom Ke PSS

-        Melukis illustrasi buku

-        Menghasilkan penanda buku

-        Ulat buku

i)Menggalakan murid mengunjungi PSS.

ii)Memupuk sikap sayangkan PSS.

GPM

AJK PSS

Pengawas PSS

Murid

RM250.00

Oktober

Sayangi Aku

-        Membaikpulih buku-buku PSS

Memupuk sikap menghargai buku-buku di PSS.

GPM

Guru NILAM

Pengawas PSS

Murid Tahap 2

RM50.00

November

Minggu Pss

-         

 

 

 

 

Januari 2022

Anugerah NILAM

-        Tokoh NILAM

-        Tokoh Harapan NILAM

-Tunas NILAM

Memberi pengiktirafan kepada murid yang mencapai tahap tertinggi dalam program NILAM.

GPM

Guru NILAM

Murid yang layak

RM200.00

Sumber Kewangan

Bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangan, sumber kewangan bagi pelaksanaan Kempen Galakan Membaca 2022/2023 merupakan sumbangan daripada Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) .

Penutup

Penglibatan guru dan murid dalam setiap aktiviti yang telah dirancang akan dijadikan sebagai indicator bagi menentukan keberkesanan setiap aktiviti amnya. Semoga dengan pelaksanaan program Kempen Galakan Membaca ini, SK Tinangol dapat melahirkan murid-murid yang berilmu pengetahuan dan menjadikan budaya membaca sebagai amalan harian dan sepanjang hayat.

 

Disediakan oleh;                                                                                        

(Katiah Utud @ Utuk)                                                                             

GPM SK Tinangol Kudat                                                                             

                                             

No comments:

Post a Comment