MAKLUMAT PUSAT SUMBER

 

SEJARAH PSS

          Sekolah Kebangsan Tinangol Kudat terletak lebih kurang 44 kilometer dan mengambil masa 40 minit perjalanan dari pusat Bandar Kudat, Sabah. SK Tinangol Kudat telah mula dibuka pada tahun 1965 oleh seorang mubaligh beragama Kristian bernama Otto Dilger. Beliau merupakan Guru Besar pertama di sekolah ini. SK Tinangol merupakan sekolah Mubaligh.

(Mission School) merupakan sebuah sekolah luar bandar. Pada awal pembukaan, sekolah ini tidak mempunyai pusat sumber yang dijadikan sebagai tempat membaca apatah lagi sebagai tempat merujuk oleh murid-murid yang bersekolah di sekolah ini. Walau bagaimanapun, Akhirnya sebuah bilik kecil telah diwujudkan dan dijadikan bilik perpustakaan sekolah.  Majoriti murid-murid di sekolah ini adalah berbangsa Rungus yang merupakan salah satu suku kaum bumiputera di Sabah.


VISI PSS

 “PUSAT SUMBER SK TINANGOL PEMANGKIN KEMENJADIAN MURID”


MISI PSS

             Merealisasikan visi PSS dan berazam untuk menawarkan :

  • Kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Sumber Maklumat Sekolah .
  • Sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pemangkin kemenjadian murid dan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menyediakan tempat yang selesa , ceria dan kondusif untuk aktiviti pembelajaran.


PIAGAM PSS

Kami warga Pusat Sumber SK.TINANGOL KUDAT dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya  berhasrat secara berterusan akan :

  • Memberi layanan yang adil dan saksama kepada semua murid.
  • Mengurus  dan menyediakan perkhidmatan terbaik  ke arah kecemerlangan murid.
  • Mewujudkan iklim pusat sumber yang kondusif untuk pembelajaran.
  • Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan dan sanggup menerima sebarang pandangan dan cadangan.


MATLAMAT PSS

  • Membantu dalam meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
  • Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif  dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
  • Membantu golongan murid agar terus meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan, kreatif dan pembentukan sahsiah.


OBJEKTIF PSS

  • Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan murid.
  • Menggalakkan para murid dan guru-guru menggunakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di pusat sumber 
  • Meningkatkan profesionalisme guru.
  • Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat.
  • Membina program media untuk pengajaran dan pembelajaran.


No comments:

Post a Comment